Kursus Fertigasi Online Untuk Anda!

Kursus Fertigasi Online Untuk Anda!

Terima kasih!
Terima kasih!
Terima kasih!

Jutaan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyokong GM Peladang selama ini dan usaha terbaru kami untuk berkongsi ilmu pertanian fertigasi melalui kaedah kursus online.

Keterbatasan pergerakan kita oleh kerana ujian COVID-19 telah memberi ruang kami di GM Peladang meneroka ruang kursus secara online.

Setakat hari ini, 3 kali kursus fertigasi online telah kami kendalikan dengan sambutan yang amat baik dari peserta. Maaf dipinta sekiranya ada kekurangan. Ianya akan ditambah baik pada masa akan datang.

Setiap peserta dibekalkan dengan manual tanaman cili atau melon (setakat ini kami mulakan dengan dua tanaman ini), rakaman video eksklusif kursus dan siri siri video teknik teknik tanaman yang menambahbaik kefahaman setiap peserta.

Semua itu setiap peserta dapat hanya dengan yuran serendah RM30 sahaja!

Insyaallah, kami akan meneruskan lagi siri kursus online ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi warga di luar sana untuk memahami pertanian kaedah fertigasi, tidak kira tua atau muda, sudah bekerjaya atau masih tercari cari bidang kerjaya. Siapa pun anda, anda ada peluang untuk menceburi bidang pertanian fertigasi ini.

Nantikan pengumuman kami dari semasa ke semasa mengenai Kursus Fertigasi Online GMP. Jangan lupa like dan follow page kami ini GM Peladang Sdn.Bhd agar anda tidak ketinggalan dengan sebarang info terkini pertanian fertigasi.

Subscribe kami di YouTube melalui GMP Channel dan ikuti kami di Instagram (@gmpeladangsdnbhd)

Layari website kami di gmpeladang.com untuk informasi terkini kami.

Terima kasih atas sokongan anda kepada GM Peladang!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *