AKADEMI GM PELADANG

gm peladang

 

SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

 

Akademi GM Peladang dengan kerjasama GM Freshmart sedang mencari anak-anak muda yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran pertanian melalui Program SLDN yang kami sediakan.

Kursus yang ditawarkan ialah Sijil Operasi Pengeluaran Tanaman (A016-001-3:2016)

 

Syarat Kemasukan :

▪ Umur 17 hingga 25 Tahun
▪ Lelaki (Bujang)
▪ Lepasan SPM
 (Boleh membaca, menulis & sihat anggota badan)
▪ Yuran Pendaftaran : RM100 
▪ Peralatan belajar adalah percuma.
▪ ELAUN sara diri RM300.00 setiap bulan oleh JPK.
▪ Asrama (berbayar) disediakan sepanjang tempoh kursus bagi pelajar yang tinggal jauh & luar dari Kuala Terengganu.

Potensi Kerjaya

👉 Usahawan TKPM
👉 Tenaga Pengajar Institut Latihan Pertanian
👉 Konsultan Pertanian
👉 Juruteknik Tanaman
👉 Pekerja Am Ladang
👉 Kontraktor Tanaman
👉 Nurseri Bunga

 

Manfaat Kursus :

  1. Peluang berada dalam projek pertanian di bawah agensi.
  2. Peluang Melanjutkan pelajaran Ke tahap 4 untuk Tenaga Pengajar.
  3. Mendapat kemahiran usahawan Fertigasi & layak untuk terima geran & pinjaman di bawah agensi kerajaan.
  4. Memohon tawaran SPA menjadi Penyelia Tanaman dan Tenaga Pengajar pada tahap 4.
  5. Membina pengalaman bekerja & mempelajari pengurusan ladang komersial yang betul.