Penjagaan Pokok Sawi Fertigasi Meja

Jaga sawi tidak kompleks

  • Ramai yang tidak tahu bahawa sayur sawi tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Penjagaan sayur sawi tidak begitu sukar jika anda tahu kadar pembajaan yang betul bagi sawi.

    Penjagaan sawi  merangkumi dua bentuk penjagaan:

    1.       Dari aspek pembajaan pokok

    2.       Penjagaan daripada serangan serangga dan kulat pokok sawi

Membaja pokok sawi menggunakan baja hidroponik AB

Baja AB adalah campuran daripada dua baja yang dilabel sebagai A dan B. Baja AB merupakan baja kimia yang tidak merbahaya dan mempunyai 12 unsur makronutrien dan mikronutrien yang lengkap untuk tumbesaran tumbuhan. Baja AB ini biasanya terkenal dengan penanaman secara fertigasi dan hidroponik.

Pertumbuhan pokok memerlukan kepekatan baja yang berbeza mengikut peringkat umur. Semakin besar pokok, semakin tinggi bacaan kepekatan baja. Kepekatan baja diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil EC Meter.

Kepekatan baja AB:

Hari

Bacaan EC meter

0-10 (semaian)

0.9-1.0

11-17

1.2

18-24

1.4

25-31

1.6

Tanda pokok tidak cukup baja – daun akan bertukar menjadi kekuningan

Untuk pemberian air baja, bergantung kepada cuaca. Jika cuaca panas air baja diberi 3-4 kali sehari manakala untuk cuaca mendung/hujan, air baja diberi sebanyak 1-2 kali sehari.

Kawalan serangga sawi secara organik

Seperti tanaman yang lain juga, sayur sawi tidak boleh lari daripada serangan serangga dan perosak. Antara serangga yang sering menyerang sayur sawi adalah aphid, belalang, ulat ratus dan lain-lain. Jika terdapat serangga ini pada tanaman sayur sawi, anda perlu membuat kawalan serangga supaya pokok sawi tidak menjadi semakin teruk dan merebak ke pokok yang lain.

Antara kawalan yang anda boleh lakukan adalah:

  • Membersihkan kawasan tanaman – membuang rumput rumpai kerana ianya boleh menjadi perumah kepada serangga.
  • Membuang serangga perosak jika dalam kuantiti yang sedikit (ulat ratus)
  • Membuang pokok sawi yang diserang banyak serangga perosak – untuk mengelakkan serangga merebak ke pokok sawi yang lain
  • Membuat semburan organik seperti bawang putih – boleh menghalau serangga perosak
Kutu Daun (Aphid)
Ulat Ratus
Pemangsa semulajadi seperti ladybug juga membantu dalam kawalan serangga perosak dengan memakan serangga (aphid).

Kesimpulan

Banyak kelebihan menanam sawi dimana sawi merupakan salah satu sayur yang menjadi pilihan harian untuk makan. Dari segi penjagaan, sangat mudah untuk dijaga dan pokok sawi membesar dengan baik jika mendapat baja dan air yang secukupnya. Sawi juga mudah dijual dan mempunyai pasaran yang baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top