Kapur Dolomite adalah bahan mineral yang mengandungi unsur magnesium dan kalsium yang digunakan sebagai perawat tanah.
Fungsi Kapur dolomite dalam pertanian :
- Untuk Menyuburkan tanah.
- Mengurangkan keasidan tanah.
- Menstabilkan pH tanah.
- Membaik pulih struktur tanah serta memperbaiki pengudaraan tanah.
Cara Penggunaan kapur dolomite adalah ianya boleh dicampurkan dengan baja kompos atau boleh ditabur terus ke media cocopeat ataupun tanah. Sebanyak 1 kg kapur dolomite boleh digunakan untuk ditabur pada media cocopeat sistem fertigasi meja saiz 30 kaki panjang. Selepas digaul rata, baja penggalak akar CIRP juga boleh ditambah ke dalam media cocopeat bagi membantu pengakaran anak pokok yang akan dipindahkan nanti