Kursus Asas Fertigasi INSKEN bersama GM Peladang

Kursus Asas Fertigasi INSKEN bersama GM Peladang

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) buat julung kalinya akan menganjurkan Kursus Asas Fertigasi selaras dengan cabaran semasa dan akan memberikan pengalaman secara terus kepada individu yang ingin menceburi bidang pertanian melalui sistem fertigasi.

GM Peladang amat berbesar hati untuk berkongsi segala pengalaman dan ilmu pertanian fertigasi kepada peserta kursus ini nanti.

Kursus selama tiga hari ini akan memberikan satu pengalaman mengendalikan sistem fertigasi yang lengkap termasuk dari aspek pengurusan ladang,  pengurusan kewangan, latihan praktikal teknik asas fertigasi, latihan asas pengurusan bisnes, potensi jualan dan kelebihan fertigasi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini melalui INSKEN untuk mendalami dengan lebih lanjut lagi mengenai sistem fertigasi

Kepada yang berminat, sila daftarkan segera di link ini : http://www.rebrand.ly/INBT_Fertigasi01

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *