Kursus Khas Analisa Keberuntungan Projek Fertigasi 2021

Kelas Online dibawah GM Peladang kini kembali untuk tahun 2021!

Namun, pada kali ini kami akan membawakan satu tajuk khas dimana ianya menyentuh kepada JANTUNG sesebuah perniagaan tani.

Tajuk yang kami bawakan khas kepada Usahawan Tani bagi membuka minda tentang perihal kewangan perniagaan tani mereka. Bagaimana sesuatu keputusan bagi meminimakan kos tetapi dapat mengoptimumkan keuntungan dapat dijalankan.

Ini yang akan kami bawakan:

TAJUK: OPTIMUMKAN KEUNTUNGAN, MINIMAKAN KOS MELALUI ANALISA KEBERUNTUNGAN PROJEK FERTIGASI

Jika sebelum ini anda hanya menjalankan bisnes pertanian dengan menggunakan andaian sahaja atau dengan melihat berapa banyak duit yang anda dapat diakhir tuaian hasil semusim, kali ini kita bertukar pula dengan mengukur kiraan yang tepat setiap kos yang keluar menggunakan formula yang kami bangunkan khas untuk anda 😉.

Ayuh bersama kami dan belajar ilmu analisa keberuntungan projek fertigasi. Kami akan sedaya upaya membantu UsahawanTani diluar sana yang masih bingung berfikir “adakah selama ini projek fertigasi yang dibuat untung atau tidak 🤔”.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendalami ilmu kewangan perniagaantani secara ONLINE. Sama-sama kita isi norma baharu ini dengan ilmu yang bermanfaat.

Jom daftar segera!

#kursusonlinegmp

#analisaprojek

#gmpeladang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *