Kursus Fertigasi Online Siri Ke #3 pada 7 Ogos 2020

Kursus Fertigasi Online Siri Ketiga GM Peladang

GM Peladang akan meneruskan siri kursus online dan untuk siri ketiga pada awal bulan Ogos ini kami akan berkongsi tentang asas asas penanaman melon.

Sambutan untuk siri pertama dan kedua amat menggalakkan dan permintaan untuk meneruskan kursus ini semakin meningkat. Oleh itu, GM Peladang akan terus mengemaskini modul latihan kami dan menyusun jadual kursus secara online di samping kursus fizikal bulanan kami.

 

Siapa yang perlu mendaftar sebagai peserta dalam kursus kali ini ?

  • Mereka yang berminat dengan pertanian moden
  • Mereka yang ada tanah kosong dan sedang fikir nak tanam apa
  • Petani sedia ada yang berminat untuk mencuba tanaman melon
  • Graduan yang sedang berkira kira untuk buat apa sekarang
  • Sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu

 

Bila dan dimana kursus ini diadakan ?

Kursus akan dijalankan secara maya melalui Google Meet pada Jumaat, 7 Ogos 2020 pada jam 9.00 malam.

 

Berapa yuran kursus ?

Yuran kursus adalah sangat berpatutan. Hanya RM30 bagi setiap peserta. Pembayaran yuran boleh dibuat ke akaun Maybank kami GM Peladang Sdn Bhd (5130 1403 4840).

 

Apa yang akan anda dapat dari kursus ini ?

Anda akan perolehi perkongsian oleh Tuan Zamir Ghazali yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penanaman melon merangkumi :

  • SOP penanaman
  • Teknik rutin di setiap peringkat dari semai sehingga tuai
  • Penyelesaian masalah yang selalunya dihadapi petani
  • Bagaimana nak dapatkan buah melon yang manis
  • dan banyak lagi..

 

Bagaimana nak daftar ?

Whatsapp sahaja nama penuh dan no kad pengenalan anda ke nombor Hotline kami 019 964 4225 selepas membuat pembayaran yuran secara online.

 

Layari Facebook Page Rasmi GM Peladang Sdn Bhd kami untuk maklumat terkini.

Subscribe GMP Channel di YouTube

Ikuti kami di Instagram @gmpeladangsdnbhd

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *