My Tani Skills : Buah Pecah

Pastinya agak mengecewakan jika sudah menjaga tanaman sekitar 60 hari, apabila tiba saatnya ingin menuai hasil, buahnya rosak atau pecah.

Kaedah menanam melon fertigasi hanya sebiji satu pokok bagi mendapatkan saiz, gred dan kemanisan yang baik.

Begitulah getirnya menjadi petani, justeru pengguna fahamilah jika harganya sedikit mahal. Jangan dibanding dengan tembikai.

Gejala buah pecah disebabkan banyak faktor. Antaranya serangan lalat buah yang tertarik pada warna dan bau manis buah. Sebab itu buah melon dibalut.

Selain itu, salah hitung hari masaknya juga menjadi asbab. Jika sampai waktu matangnya dan ia belum diambil, buah boleh pecah.

Buah juga pecah disebabkan terlebih air pada hari-hari terakhir sebelum tuai. Umumnya, petani sudah mula memberi air kosong sahaja atau pun mengurangkan minit dan memberi hanya sedikit EC baja. Buah boleh pecah juga.

Teknik memberi air kosong sahaja sama ada untuk tujuan penjimatan baja, ia juga boleh menambah berat perkg buah ketika ditimbang.

Namun jika tidak kena cara, ia boleh makan tuan sama ada menyebabkan buah pecah atau pun tidak mencapai indeks manis yang baik.

Teknik memberi air kosong 2-3 jam sebelum tuai, boleh dibuat pada tanaman cili atau timun. Tetapi jangan melon.

Sebab pemborong atau pembeli cili tidak makan cili hidup di kebun hanya untuk membuktikan ia pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *