My Tani Skills : Kemanisan Buah vs Saiz Buah

My Tani Skills : Kemanisan Buah vs Saiz Buah

Ramai pengusaha melon lebih menumpukan usaha untuk mendapatkan saiz buah yang besar berbanding mendapatkan kemanisan yang tinggi.

Ini didorong oleh faktor harga pembohong. Mendapatkan saiz lebih besar bererti mendapat lebih kilogram timbangan.

Walhal, pembeli menggemari buah yang manis dan bukan tarikan pada saiz. Apalah guna saiznya besar tetapi apabila dimakan tidak terasa manis.

Memaniskan buah bergantung pada jumlah kecukupan hari matang, level not tangkai yang lebih bawah dan teknik pemberian EC baja. Foliar juga ada memainkan peranan.

Sementara saiz buah bergantung kepada jumlah daun pada pokok, ketepatan kerja cantasan dan penggunaan bahan input tambahan seperti GA3.

Membina brand secara jangka panjang dan mengekalkan pembeli sangat bergantung kepada kemanisan buah.

Maka kombinasi dua tindakan iaitu memaniskan dan membesarkan buah perlu dikawal secara serentak. Bukan berpilih.

Tempoh menanam melon hanya sekitar 60-70 hari sahaja. Maka kecepatan kerja amat diperlukan. Setahun boleh menanam 4 kali giliran tanaman adalah amat baik. Ia boleh dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *