My Tani Skills : Racun Serangga

Penggunaan Racun Serangga

1. Penggunaan kawalan kimia dalam tanaman fertigasi hampir tidak dapat dielakkan kerana iklim negara kita yang tidak bermusim.

2. Banyak faktor menyebabkan kitaran serangga perosak dalam ladang kita sentiasa wujud seperti rumput rampai, tidak membuat penggiliran tanaman, dan kumpulan tanaman sekitar yang menarik serangga yang sama.
3. Hal ini tidak sama di negara 4 musim. Serangga perosak pada musim panas, tidak sama dengan serangga pada musim sejuk.
Kelas 2 warna kuning
4. Setiap racun serangga, mempunyai cara tindakan dan tahap keberkesanan yang berbeza.
5. Tahap keberkesanan ini ditandakan pada botol dengan tag yang berwarna. Warna yang berbeza menandakan kelas yang berbeza. Kelas yang berbeza memberi kadar impak yang berbeza.
6. Apakah aturan cara penggunaan yang betul. Andaikan kita sudah tahu simptom dan penyakit apa di pokok, maka gunakan racun pada kelas yang terbawah dahulu.
kelas 3 warna biru
7. Kemudian, barulah dinaik taraf kepada kelas yang lebih tinggi, apabila kelas yang rendah sudah kurang berkesan.
8. Jangan terus mulakan dengan racun kelas tertinggi, kerana serangga mampu imun.
9. Jalan mudah apabila sakit hati, gunakan terus Racun Kelas 1. Serangga, pokok dan tuannya sekali boleh jalan terus jika terminum.
Kelas 4 warna putih

* Racun kelas 1 = racun rumput.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *