My Tani Skills : Trellis

Trellis

1. Trelis adalah bahasa pertanian. Mudahnya untuk kita faham ialah “mengikat pokok”

2. Ada pelbagai kaedah mengikat pokok dalam pengurusan tanaman fertigasi. Ia adalah sebahagian daripada kerja melatih tanaman.

3. Falsafah kerjanya ialah kita tidak mahu pokok terbalik dan tumbuh dengan uniform.

4. Antara faktor yang perlu diperhatikan dalam kerja trelis ialah jenis tali dan kaedah melilit yang betul.

5. Gunakan tali rafia untuk pertanian. Dan ikatan pada pangkal pokok jangan terlalu ketat bagi mengelakkan luka pada batang yang boleh menjemput penyakit layu bakteria.

6. Kerja-kerja lilitan ini mestilah dilakukan secara berkala. Jika kita menanam melon atau timun, kerja melilit dibuat setiap 2-3 hari sekali sebelum cantasan pucuk akhir dilakukan.

7. Umumnya, pekerja perempuan menggemari kerja-kerja tralis.

8. Lelaki pun tak mengapa, tetapi biasa terjadi kerja ralit dan berulang seperti ini menyebabkan mereka hilang dan gagal dikesan terutama di waktu pagi.

9. Dan celup celap dalam kerja seperti ini kerap sungguh berlaku. Menjemput bangla, indon dan nepal datang bertamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *