Pembentukkan Modul Mengajar : Dari Sains Kepada Perniagaan Tani!

Tahukah anda?

Membangunkan dan membentuk modul mengajar kepada petani paling baik di lakukan dengan kita sendiri melakukan ujian demi ujian serta kajian dalam pertanian. Dari Sains kepada Perniagaan Tani.

 

BAJA KIMIA VS BAJA ORGANIK?

Ada yang berhujah bahawa gantikan sepenuhnya baja kimia itu dengan bahan organik seperti EM. Termasuk dalam sistem fertigasi dan hidroponik yang menggunakan air sebagai media utama. Dakwaannya sayur lebih bersih, segar dan besar.

Positif. Hujah perlu dipertahan dengan angka dan fakta. Segar dan besar itu perlu diberi parameter supaya perbandingan lebih tepat dan jitu kerana wujud implikasi kewangan di situ.

PARAMETER KAJIAN.

Lapangan kajian dibuat selama 3 musim menanam menggunakan sistem NFT sayur salad. Parameternya ialah;

1. Guna baja AB ( formulasi salad )sepenuhnya pada kepekatan tinggi dengan pH lebih alkali.

2. Guna baja AB dengan kadar rendah tetapi dibooster dengan EM bersama dalam air.

3. Guna EM 100% larut dalam air + sembur EM lagi pada salad secara berkala.

4. EM 100% digandakan 2 kali ganda dos.

5. Guna baja AB pada kadar biasa tetapi disembur EM secara berkala.

6. Guna baja AB pada kadar biasa tetapi disembur dengan AB juga secara berkala.

 

 

 

 

 

KEPUTUSAN KAJIAN.

Apa yang ingin diketahui ialah parameter manakah yang boleh memberi result:

1. Berat sepokok melebihi 100gm.
2. Total pokok yg boleh memberi berat 1 kilo.
3. Purata berat pokok ketika matang.
4. Purata tinggi pokok ketika matang.
5. Keseimbangan berat antara daun dan akar.

Result ini penting kerana rekod ragam pembeli membeli ada dengan kami. Kerana kami menjual saban waktu. Kita tahu segar dan besar yang bagaimana customer mahu.

Hasil inilah nanti yang kami susun, jadikan modul, SOP dan TOT kepada usahawantani di luar sana supaya mereka menanam apa yang customer mahu dengan kaedah yang paling baik.

Ketepatan? Tepat data kami bukan disebabkan canggih dan automatiknya sistem yang ada.

Tetapi kerana database projek kami yang besar di luar sana yang berjumlah lebih 300 projek kecil dan besar dengan pelbagai cabaran, tempat dan situasi yang berbeza.

p/s : kajian ini semua hanya untuk rujukan inovasi kami. Sesekali saja dikongsi sedikit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ZAMIR GHAZALI

CEO GM Peladang

22 Julai 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *