Pokok Betik Red Lady

Pokok betik Red Lady (Carica papaya) atau dipanggil sebagai betik hydbrid dan sangat popular di beberapa negara. Pokok betik antara pokok buah yang popular ditanam dihalam rumah. Untuk pengatahuan semua, pokok betik hybrid mempunyai kualiti yang sangat baik iaitu dari segi warna isi buah merah dengan tahap rasa kemanisan cukup tinggi.

 

Tidak dinafikan lagi, buah betik adalah buah kegemaran ramai orang tidak kira umur yang muda mahupun yang tua. Buah betik merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, C dan banyak lagi nutrien lain. Selain itu, ia mengandungi sejenis enzim papain yang membantu dalam penghadaman protein. Waktu yang paling sesuai untuk menuai hasil adalah apabila warna kulit betik berubah daripada hijau ke kuning. Apabila buah masak sepenuhnya, warna akan menjadi sepenuhnya warna oren kekuningan dengan aroma yang manis dan teksturnya yang rangup.

Kaedah Tanam Pokok Betik Red Lady

Tanam di Tanah
  • Sebelum memulakan aktiviti pemindahan anak pokok ke tanah, sediakan lubang untuk anak pokok terlebih dahulu. Lubang dengan kedalaman 2 kaki boleh digali dengan menggunakan scoop atau alatan lain yang bersesuaian.
  • Sediakan campuran media iaitu dengan mencampurkan tanah biasa, cocopeat dan juga peatmoss dengan nisbah 1:1:1
  • Untuk pertumbuhan pokok yang lebih produktif, gaulkan campuran media sekali dengan CIRP (penggalak akar), baja NPK 5:5:5, combat, bokashi (baja organik) dan kapur.
  • Gaulkan semua sekali media dengan baja sehingga bercampur.
  • Seterusnya, langkah yang paling penting iaitu mengeluarkan anak pokok betik daripada polibeg. Hanya perlu mencabut anak pokokdengan berhati-hati supaya tidak menyebabkan akar terputus.
  • Selepas ditanam, pastikan tanaman disiram air yang secukupnya secara berkala.

Tanam Secara Fertigasi

  • Jika anda ingin mencuba menanam anak pokok betik Red Lady secara fertigasi, kaedah ini sangat sesuai bagi anda yang ingin mencuba salah satu teknologi dalam pertanian.
  • Sediakan semua bahan dan alatan yang perlu digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemindahan anak pokok betik.
  • Untuk tanaman fertigasi pokok betik, anda boleh menggunakan bekas besar atau pasu untuk memberikan sokongan kepada pertumbuhan pokok betik.
  • Langkah pertama boleh dimulakan dengan menggali lubang tanaman setinggi polibeg hitam (6 inchi).
  • Biarkan lubang yang telah siap digali terdedah dengan cahaya matahari selama satu minggu.
  • Selepas satu minggu, sediakan media iaitu dengan mencampurkan topsoil atau baja asli sebanyak 4-5 kg dan baja NPK hijau sebanyak 50g.
  • Gaulkan media dan baja sehingga kedua-duanya bercampur.
  • Untuk lapisan kedua, masukkan tanah asal di atasnya.
  • Untuk lapisan ketiga, gaulkan cocopeat (5kg), peatmoss (2kg), humus combat (200g) dan tambahkan air biasa sehingga lembap.
  • Bagi lapisan terakhir, gaulkan topsoil dan CIRP (penggalak akar).
  • Seterusnya, mengeluarkan anak pokok betik daripada polibeg. Hanya perlu mencabut anak pokokdengan berhati-hati supaya tidak menyebabkan akar terputus.
  • Tekan media di sekeliling pokok untuk kemaskan pokok dan ratakan media. Ingat, jangan ratakan media terlalu dalam sehingga tenggelam batang pokok kerana ia boleh menghalang tumbesaran pokok.
  • Selepas ditanam, pastikan tanaman disiram air baja AB yang secukupnya secara berkala.
  • Untuk tanaman fertigasi, air baja akan disalurkan terus kepada pokok melalui dripper.
  • Masukkan dripper pada kiri dan kanan pokok dengan jarak 1 inchi daripada pokok.
  • Air baja diberi kepada pokok betik sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

Pokok akan tumbuh sihat jika berada di bawah sinar matahari penuh dan diberi air baja yang secukupnya. Untuk kawalan penyakit dan perosak boleh spray racun yang bersesuaian dengan penyakit dan perosak. Spray dengan racun serangga dan racun kulat satu minggu sekali jika perlu. Kualiti buah boleh dipengaruh oleh pembajaan yang seimbang antara baja organik baja foliar dan baja kimia sesuai dengan keperluan pokok. Bagi pokok betik Red Lady, 65 hari akan mengeluarkan bunga dan masa pertumbuhan serta berbuah adalah seawal 4 hingga 5 bulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top