SLDN merupakan sigkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan; Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).
Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
- Teknikal
- Sosial & Kemanusiaan
- Metadologi & Pembelajaran
SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dan GM Peladang telah dilantik oleh JPK sebagai pusat latihan bertauliah SLDN.
Kami menawarkan program latihan Operasi Pengeluaran Tanaman Makanan (A016-001-3:2016) SKM Tahap 1-3 Akreditasi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.