Sistem Hidroponik NFT menggunakan konsep putaran air dan baja daripada bekas takungan masuk ke palung (growing channel) dan lebihan air yang tidak diserap oleh akar pokok Kembali semula dalam bekas takungan. Kitaran ini adalah secara berterusan bermula dari anak pokok sehingga pada tuaian hasil. Sumber elektrik memainkan peranan penting disini. Ketiadaan elektrik lebih daripada 4 jam akan menyebabkan pokok menjadi layu dan rosak.
Alatan & Bahan Penting Dalam Menjayakan Sistem Hidroponik NFT
Sistem Hidrponik NFT ini boleh dibeli dikedai pertanian untuk jenis sistem sedia ada , atau anda boleh mereka bentuk sendiri sistem ini mengikut saiz dan budget anda. Jadi apakah alatan dan bahan yang diperlukan?
- Growing channel – atau Bahasa mudahnya dipanggil palung.
- Pot tanaman – pasu kecil untuk dimuatkan dalam growing channel
- Media semaian – boleh guna media span, cocopeat, rockwool , perlite, LECA
- Biji benih – semua jenis sayuran berdaun boleh ditanam menggunakan sistem hidroponik NFT ini. Namun jika anda ingin pengeluaran hasil secara komersial, pilihlah jenis sayuran ‘high crop value’ harga pasaran tinggi dan mudah dijual seperti contoh SALAD
Baja AB Sayuran – baja yang diguna pakai dalam sistem hidroponik adalah berbentuk cairan dan bukannya dalam bentuk butir seperti baja NPK
Apakah Kelebihan dan Kekurangan Sistem Hidroponik NFT
Sistem Hidroponik NFT ada beberapa kelebihan dan kekurangannya. Tidak semua jenis sistem yang digunakan adalah sempurna. Namun bergantung kepada anda bagaimana anda mengolahnya supaya ianya adalah ideal dan boleh digunakan.
Antara kelebihan sistem hidroponik NFT :
- Bekalan nutrien (baja) pada pokok adalah cekap dan seimbang
- Penyakit bawaan tanah seperti kulat atau nematod dapat dielakkan disebabkan oleh penggunaan media tanaman seperti span, sabut kelapa dan LECA
- Kualiti sayur yang ditanam adalah berkualiti tinggi dan boleh dibuat sayur itu bebas racun kimia.
- Pusingan tanaman dapat dibuat sepanjang tahun dan tempoh tuaian adalah cepat berbanding tanaman konventional atas tanah
Namun, ada juga sedikit kekurangan pada sistem ini. Antaranya adalah :
- Kos permulaan tinggi. Setiap alatan dan bahan pertanian untuk sistem ini sedikit mahal berbanding tanaman atas tanah.
- Tidak semua jenis tanaman sesuai untuk sistem ini. Hanya sayuran berdaun sahaja dan untuk mendapatkan pulangan hasil yang tinggi, perlu tanaman yang bernilai tinggi.
- Penyakit mudah tersebar jika air takungan tercemar. Perlukan penjagaan yang agak rapi dan tidak boleh menggunakan konsep 3T (Tanam, Tinggal, Tuai)
Kesimpulan
Sistem Hidroponik NFT adalah satu sistem yang mudah dan cekap untuk pengeluaran hasil sayuran berkualiti tinggi. Ianya boleh dilaksana secara hobi tani (kecil-kecilan di rumah) atau secara komersial.
Sekian, selamat mencuba dan semoga berjaya.