Terbaru! Kursus Online Asas Hidroponik GM Peladang

Assalamualaikum semua,

GM Peladang sekali lagi meneruskan usaha untuk berkongsi dengan seramai mungkin ahli masyarakat tentang kaedah pertanian moden yang mudah dan canggih.

Kali ini kami melancarkan Kursus Online Asas Hidroponik GM Peladang yang bakal diadakan pada 29 Ogos 2021 nanti.

Kursus online hidroponik ini akan merangkumi pengenalan tentang sistem hidroponik, pengurusan mengenai tanaman tanaman yang boleh ditanam dengan kaedah hidroponik, bagaimana untuk mengawal penyakit dan serangga perosak yang biasa menyerang tanaman hidroponik dan apa potensi jualan untuk hasil dari kaedah hidroponik.

Dengan yuran RM70 seorang, peserta akan menerima satu buku lengkap keluaran GM Peladang mengenai teknologi hidroponik + benih tanaman untuk anda memulakan projek sulung anda!

Segera hubungi kami di talian 017 912 1200 untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *