Tips Tani : Tanaman Rock Melon

Tips Tani
Tanaman Rock Melon
Pengeluaran hasil tani yang berkualiti amat penting dalam pasaran untuk mendapatkan kepercayaan dan kepuasan hati pelanggan.
Aspek yang sering dilihat oleh pelanggan sebelum membuat keputusan pembelian antaranya manis, berat dan bentuk buah yang menarik.
Antara tips yang perlu diaplikasikan oleh penanam untuk mengekalkan kualiti tanaman:
1) Kepekatan baja/nutrient perlu sentiasa bertambah mengikut keperluan tumbesaran tanaman.
2) Elakkan berlaku Gummy Steam, sapukan pangkal batang dengan menggunakan racun kulat. Salah satu racun kulat yang boleh di gunakan adalah Racun Antracol.
3) Aktiviti cantasan perlu dibuat secepat mungkin bagi megelakkan pembaziran nutrient yang di bekalkan.
4) Pembajaan dan jadual pengairan mesti tepat dengan keperluan pokok.
Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti dan mempunyai risiko yang rendah, Jadual penanaman mestilah tepat. Tanaman rock melon sesuai dilakukan pada musim panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *